Gambaran keseluruhan Anugerah_Seri_Angkasa_2022

Pada November 2021, Berita RTM melaporkan bahawa Anugerah Seri Angkasa akan kembali diadakan bagi terus menghidupkan industri seni kreatif.[5] Anugerah ini diumumkan secara rasmi pada 1 Ogos 2022.[6][7] Berbanding tahun-tahun sebelumnya, untuk edisi Anugerah Seri Angkasa kali ini, sebanyak 1586 pencalonan telah dikemukakan, manakala sebanyak 1354 telah diterima kerana menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Peningkatan yang ketara ini menunjukkan para karyawan, kru penerbitan dan lain-lain telah mencapai piawaian penyiaran yang tinggi. Daripada jumlah tersebut 1035 pencalonan ialah bagi Kategori Televisyen, 276 bagi Kategori Radio dan 43 bagi Kategori Media Baharu.[8][9][10]

Selain itu, antara perubahan besar yang dibuat untuk ASA 2022 ialah 2 pemenang kategori utama iaitu Drama Terbaik dan Dokumentari Terbaik akan turut menerima Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM200,000.00 dan RM150,000.00 masing-masing. Ini selaras dengan Pelan Pemulihan Negara di mana DKD bertujuan untuk membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan dan mengedarkan kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa terutama dalam fasa pasca pandemik COVID-19.[11][12]

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Seri_Angkasa_2022 http://www.anugerahseriangkasa.gov.my https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-raih-tiga-anu... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pencalo... https://gempak.com/berita-terkini/anugerah-seri-an... https://gempak.com/berita-terkini/anugerah-seri-an... https://gempak.com/berita-terkini/anugerah-seri-an... https://www.myinfotaip.com/2022/10/anugerah-seri-a... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://themalaysianreserve.com/2022/10/29/asa-202... https://baskl.com.my/tahun-ke-50-penganjuran-anuge...